the One Academy logo  
Anugerah Biasiswa Merdeka 2005

Anugerah Biasiswa Merdeka 2005




Apakah Anugerah Biasiswa Merdeka?
Siapa Layak Memohon?
Bagaimana Cara Memohon Anugerah Biasiswa Merdeka 2005?
Apakah tajuk-tajuk Karya?
Berapakan Nilai Biasiswa yang Ditawarkan?
Apakah Syarat Penganugerah yang Mesti Dipatuhi?
Apakah Syarat-syarat Penyerahan Hasil Karya kepada Penganjur?
Bilakah Tarikh Tutup Permohonan dan Ke Manakah Permohonan Harus Dihantarkan?
Siapa yang Boleh Dihubungi untuk Pertanyaan Lanjut?


Apakah Anugerah Biasiswa Merdeka?

Anugerah Biasiswa Merdeka yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang layak bagi mencapai cita-cita mereka dan menjamin masa depan yang cemerlang sebagai pemimpin di dalam bidang kerjaya seni kreatif dan reka bentuk. Ia juga bertujuan mempertingkatkan peluang kemasukan ke pusat pengajian tinggi bagi generasi muda yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa, agama dan latar belakang.

Sempena menyambut Hari Kebangsaan yang ke-48 tahun ini, The One Academy bersama-sama Berita Harian dan Evergreen Publisher mengambil langkah merayakannya dengan menawarkan biasiswa pegajian di The One Academy bagi tahun akademik 2006/7/8 kepada pelajar pasca sekolah menengah atas (SPM/STPM) yang berkelayakan.

^ back to top



Siapa Layak Memohon?

Calon-calon mestilah:
1. Pelajar sekolah menengah di Malaysia yang sedang menuntut di tingkatan empat (4), lima (5) dan enam (6) pada tahun akademik Januari 2005.

2
. Tidak mengikuti atau ditawarkan kursus di insitusi pengajian tinggi swasta/awam.

3
. Hantar karya seni bersama-sama butir-butir peribadi untuk penilaian.

^ back to top


Bagaimana Cara Memohon Anugerah Biasiswa Merdeka 2005?

Tiga langkah mudah
1. Dapatkan borang permohonan (308K) biasiswa dan isi dengan lengkap.

2
.Hantarkan borang kepada penganjur bersama-sama hasil karya ilustrasi atau komik selewat-lewatnya jam 12:00 tengah hari pada 30 Julai 2005.

3
. Pemenang akan dimaklumkan melalui surat.

^ back to top



Apakah tajuk-tajuk Karya?

Tajuk Karya : Wajah-wajah Malaysia
*Saiz : 381 X 279mm ( Blok lukisan bersaiz B4)

Pemohon harus menghasil karya seni yang bertemakan WAJAH-WAJAH MALAYSIA dengan memilih salah satu daripada kategori berikut:

a) Kategori Ilustrasi (Lukisan)
Ciri-ciri karya : Karya (dalam bentuk warna) hendaklah bercirikan wajah-wajah Malaysia sama ada pemandangan, kebudayaan, keunikan dan kepelbagaian kraf tangan, corak, tarian, permainan, makanan, buah-buahan, flora & fauna, seni bina serta adat resam atau pun kejayaan dan pencapaian Malaysia sejak merdeka sehinggalah sekarang. Karya juga boleh menyingkap imaginasi wajah-wajah Malaysia pada masa depan tanpa mengabaikan aspek-aspek keMalaysian.

b) Kategori Komik
Ciri-ciri karya : Karya (dalam bentuk warna atau hitam putih) hendaklah dalam bentuk komik atau kartun (semuka atau berpetak-petak) yang bercirikan wajah-wajah Malaysia dalam bentuk cerita/insiden yang berbentuk positif sama ada berunsurkan jenaka, sinis atau pun satira. Karya harus dihasilkan dalam satu muka surat sahaja.

^ back to top



Berapakan Nilai Biasiswa yang Ditawarkan?

Nilai-Nilai Biasiswa

Pelajar yang terserlah daripada segi kebolehan, kesungguhan, keaslian dan kecemerlangannya akan ditawarkan biasiswa-biasiswa berikut:

BIASISWA RM50,000.00 X 2
(Setiap satu bagi kategori Ilustrasi & Komik)
• Biasiswa pengajian di The One Academy bernilai RM50,000.00
• Piala Kecemerlangan The One Academy
• Sijil Kecemerlangan
• Cenderahati
• Sijil Penghargaan (untuk sekolah)

BIASISWA RM30,000.00 X 2
(Setiap satu bagi kategori Ilustrasi & Komik)
• Biasiswa pengajian di The One Academy bernilai RM30,000.00
• Sijil Kecermelangan
• Cenderahati
• Sijil Penghargaan (untuk sekolah)

BIASISWA RM20,000.00 X 2
(Setiap satu bagi kategori Ilustrasi & Komik)
• Biasiswa pengajian di The One Academy bernilai RM20,000.00
• Sijil Kecermelangan
• Cenderahati
• Sijil Penghargaan (untuk sekolah)

HADIAH BAKAT HARAPAN X 10
(Lima bagi kategori Ilustrasi & lima untuk ketegori Komik)
• Sijil Kecermelangan
• Cenderahati
• Sijil Penghargaan (untuk sekolah)

HADIAH BAKAT MUDA X 60
(Tiga puluh bagi kategori Ilustrasi & tiga puluh untuk ketegori Komik)
• Sijil Pengiktirafan
• Cenderahati

^ back to top


Apakah Syarat Penganugerah yang Mesti Dipatuhi?

Syarat Penganugerahan
Biasiswa dan/atau hadiah-hadiah tidak boleh ditukar ke dalam bentuk wang tunai. Pemohon yang berjaya memperolehi lebih daripada satu hadiah biasiswa anjuran The One Academy, hanya layak menuntut salah satu hadiah biasiswa yang mempunyai nilai tertinggi sahaja.

Mereka dikehendaki hadir untuk menerima hadiah pada hari penganugerahan, jika tidak, kelayakan akan dilucutkan dengan serta-merta. Wakil adalah tidak dibenarkan untuk mengambil hadiah tersebut.

Segala perbelanjaan yang melibatkan pengangkutan, penginapan dan makan minum pada sebelum, semasa dan selepas hari penganugerahan adalah bukan tanggungan penganjur.

Pihak penganjur berhak untuk meminda tanpa notis segala syarat biasiswa yang ditawarkan.

^ back to top


Apakah Syarat-syarat Penyerahan Hasil Karya kepada Penganjur?

Penyerahan Hasil Karya
1) Semua hasil karya mesti menggunakan blok lukisan bersaiz B4 (381 X 279mm).

2)
Setiap peserta bebas menggunakan apa jua teknik menggambar. Jika teknik kolaj digunakan, peserta hendaklah menggunakan kertas berwarna, bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah dan perca kain.

3)
Setiap hasil karya mesti menggunakan borang penyertaan/permohonan.

4)
Borang hendaklah diisi dengan lengkap menggunakan huruf besar dan ditampalkan di bahagian atas sudut kanan belakang lukuisan. SALINAN FOTOSTAT BORANG PENYERTAAN ADALAH DIBENARKAN.

5)
Semua penghantaran hasil karya boleh dilakukan oleh pihak sekolah atau secara individual (longgar).

6)
Hasil karya mestilah berbentuk positif, asli, tidak pernah tersiar dalam mana-mana media dan tidak pernah terlibat dalam mana-mana permohonan/pertandingan sebelum ini serta harus bebas daripada sebarang halangan untuk menyertai permohonan ini.

7)
Setiap penyertaan akan menjadi hak milik penganjur sepenuhnya dan penganjur berhak menyunting, menerbit, mempromosi atau mencetak hasil karya tersebut tanpa perlu merujuk kepada pengkarya.

8)
Hasil karya yang dihantar tidak akan dikembalikan dan menjadi hakmilik pihak penganjur.

^ back to top



Bilakah Tarikh Tutup Permohonan dan Ke Manakah Permohonan Harus Dihantarkan?

Semua hasil karya mesti dialamatkan kepada:

JAWATANKUASA ANUGERAH BIASISWA MERDEKA 2005
THE ONE ACADEMY OF COMMUNICATION DESIGN
28 JALAN PJS11/28A, BANDAR SUNWAY
46150 PETALING JAYA

TARIKH TUTUP: selewat-lewatnya jam 12:00 tengah hari pada 30 Julai 2005


Siapa yang Boleh Dihubungi untuk Pertanyaan Lanjut?

Segala pertanyaan bolehlah menghubungi The One Academy di
Telefon : (03)5637 5510,
Faks : (03) 5621 1716 atau
e-mel : enquiry@toa.edu.my

Download Borang Permohonan (308K)
Requires Adobe Acrobat Reader

^ back to top

 

Anugerah Biasiswa Merdeka 2005
Related links
Download Borang Permohonan
Merdeka scholarship award 2005
 
 
 
Print this page

2008 © THE ONE ACADEMY
ALL RIGHTS RESERVED.